WANITA
Wanita adalah ibu kepada anakmu, suri dihatimu, namun disamping itu beliau juga memikul tanggungjawab sebagai petugas di tempat kerja. Tanggungjawab yang kadangnya berunsur bebanan dipikul dengan rela tanpa keluhan. Membersih, mengemas dan memasak untuk kebahagiaan keluarga serta bekerja untuk membantu suami mempergunakan ilmu yang pernah dituntut bekalan dari orang tua bukanlah untuk dipertontonkan dan dibanggakan hanya untuk dihargai. Mereka juga memikul tanggungjawab untuk mencari rezeki untuk keluarga namun masih menjunjung tugasan sebagai ibu dan isteri dirumah. Selain tugasan dirumah dan menyumbang tenaga kepada negara jua bangsa ditempat kerja, wanita yang bijak dalam pengurusan masa masih mampu untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Dari situ wujudnya aktiviti-aktiviti kewanitaan yang boleh menyatukan mereka dalam satu suasana ceria dan meriah
Carta Organisasi
Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Kampung Bukit Goh
PENGERUSI : PUAN HAJJAH AZIZAH BT SH. MAHMOOD
NAIB PENGERUSI : PUAN HAJJAH FATIMAH BT PA
SETIAUSAHA : PUAN AMINAH BT MAT ISA
KETUA BIRO EKONOMI : PUAN HAJJAH SITI RAHMAH BT ABDULLAH
KETUA BIRO SOSIAL : PUAN AMINAH BT ALI
TERDAPAT 33 ORANG KETUA BLOK YANG JUGA AJK GPW
AKTIVITI-AKTIVITI
- Mesyuarat Tetap 6 Kali Setahun Tidak Termasuk Mesyuarat Khas Selalu Diadakan
- Gotong-Royong Rumah Ke Rumah
- Kelas Fardhu Ain 2 Kali Seminggu.Tiap-Tiap Minggu Di Bangunan Yang Sama
- Belajar Viola Sekali Seminggu
- Majlis Bacaan Yasin Dirumah Mengikut Kawasan-Kawasan
- Kelas Al Quran dan Tajwid: 2 kali seminggu
Pengajar: Puan Aminah bt Mat Isa
- Kelas Fardhu Ain: Sekali Seminggu
Pengajar: Ustaz Tuan Haji Yusoff bin Ab Rahman
- Jualan Kuih Kering hasil usaha ahli GPW: 2 kali seminggu
GALERI AKTIVITI